Visit gettyimages.com for images like these
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


PROFILE KELUARGA:
  • Ayah
  • Ibu
  • Along Amir
  • Kakak Syiqin
  • Adik Hazim

    LOKASI KAMI::
  • KOBE, JAPAN

    EMAIL:
  • Ayah
  • Ibu


    LINK::
  • a Moment in Time

  • Album Keluarga

    Inilah Kami :
  • Links
    AIS-MICC :
  • Calendar
  • Teachers
  • Nursery Class
  • Kindergarten Class
  • Events

    Visit my Guestbook!
    sayang kami
    pengunjung.



  •    

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
    Thanks for stopping by!
    RSS Atom
    rss feed


    Design: wordweave
    Image: Getty Images


    Forever Fields

    familiabangchik

    Google Modules
    Wednesday, May 17, 2006
    Kad Hari Ibu.

    Tahun ini dapat lagi 3 keping Kad sempena sambutan hari ibu. Macam biasa la ... dorang ni mmg kreatif. Ada saja idea yg menarik datang dari cikgu dorang. Tapi tahun ni banyak perubahannya. Tenguklah kad yg bewarna pink tu, kakak yg lukis gambar tu. Dia suka sangat melukis bunga, matahari dan rumah. Lepas tu mesti nak tulis I LOVE YOU!. Setiap hari kalau dia melukis mesti ayat tu dia tak lupa.

     


    Posted at 5/17/2006 9:49:03 pm by familiabgchik
      Terima kasih. (6)  

    Friday, May 12, 2006
    Memasak.

    Sejak akhir2 ni, kakak memang suka sangat bantu ibu di dapur. Pantang je ibu bersiap utk masak, ada saja soalan yg dia tanya. Ibu masak apa hari ini ? Ibu buat apa tu ? Apa kakak nak tolong ni ibu ? macam2 lagi soalan..

    Nak jadi cerita, malam tadi ibu masak Mee Udang. Masa sedang siang udang tu.. kakak datang dan jenguk2 apa yg ibu buat. Macam biasalah 'ibu kakak nak tolong'. Ok, ibu dapat idea. Mula2 risau juga.. sediakan tauhu yg telah di goreng dan juga pisau bersama alas pemotong. Jadi sekali je ibu tunjuk macammana nak buat jadi empat segi kecil... dia dah pandai dan confident je pegang pisau tu. Sekejap je dia siap dan dengan bangga nya panggil ayah dan bagitau kat Along juga Adik... cakap.. 'ni kakak yg buat tau!'. Kebetulan pulak ayah balik awal semalam, sempatlah dengar Along baca buku. Ayah pun surprise sebab Along dah lancar baca buku.. berdasarkan cerita yg agak panjang.

    Berbalik pada si kakak ... dia tak puashati nak juga sambung kerja tolong ibu. Apalagi ibu nak kasi.. last2 teringatkan mee kuning yg masih dalam paket. Terus letak depan dia dan tak lama adik pulak datang kata nak tolong sebab dia dah tau tadi kakak tolong ibu potong tauhu. Hehehe... bekerjasama la budak berdua ni mencerai-ceraikan mee kuning tu tadi.

    Alhamdulilah... menu semalam ialah Mee Udang, resepi dari Ina.

     


    Posted at 5/12/2006 11:16:33 am by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Sunday, April 23, 2006
    Kisah kakak dan adik...

    Minggu lepas, minggu kebudayaan Jepun.. jadi seperti biasa semasa aktiviti 'show n tell' utk kelas kakak... mesti ada sesuatu yg perlu ada utk di jadikan bahan. Jadi, cikgu kakak suruh semua pelajar memakai pakaian tradisional masyarakat Jepun, apalagi kalau bukan Kimono utk yg perempuan. Kalau tak nak pakai kimono, boleh nak bawa kipas tradisional Jepun. Tapi bila tanya kakak.. dia begitu semangat nak pakai kimono. Jadi pagi2 hari Jumaat yg lepas.. selepas selesai menyiapkan sarapan dan bento dorang.. kelam kelibut jadinya ibu nak memenyiapkan kimono kakak. Setakat baju dia tu ok lagi... tp bila dah masuk bab memakai obi... hmmm... bercinta betul. Mujurlah jadi jugak... terlewat sikit sampai ke sekolah, kena naik highway jawabnya. Bila tiba di sekolah... rupanya semua budak perempuan yg ada pun memakai kimono... dan sorang daripada cikgu kakak pun pakai juga kimono. Bukan main hebat dorang... cantik dan ayu, tapi sayang gambar tak amik pun. Mana nak sempat.

    Cerita pasal adik pulak. Sekarang ni dia dah semakin tinggi... dah nak hampir sama tinggi dengan si kakak. Entah la... dia lain sungguh. Jadi, bila dia dah tinggi tu.. habis semua seluar panjang dia dah tak boleh pakai. Sekarang ni dia dah boleh muat seluar Along masa Along umur 5 tahun dulu!! Pelik.. pleik... adik baru 4 tahun... punyalah dia tinggi berbanding usia Along dulu. Ikut sapa la agaknya yea... atuk agaknyalah ni.

    Nak jadi cerita, semalam memang ada kami buat jamuan makan. Entah macamana bila ibu tunjukkan baju jaket pendek, power ranger Along yg lama... dia terus pakai. Hingga ke petang selesai majlis, ayah buka baju power ranger tu dan dia tertidur sebenarnya. Entah macamana di sebelah malam.. sewaktu ibu sedang tidur dia tergesa-gesa kejutkan ibu dari tidur. Ibu yg sedang mamai ni... tak faham apa yg dia nak ? Adik lapar ke ? Sbb malam tadi dia tak makan nasi terus tidur. Dia tetap geleng kepala. Dua tiga kali dia gerakkan ibu... tapi ibu tetap mamai... hahaha. Kali terakhir dia kejut ibu dengan kasar jugak... hehehe. Rupanya dia marah sebab baju jaket power ranger tu, kakak pulak yg pakai. Jadi, beriya-iya dia suruh ibu bukak dan dia nak pakai. Sian kakak sedang tidur kena ganggu. Adik ni sekarang kalau nak sesuatu dia suka paksa ibu dan merayu berkali-kali naik lemas ibu kalau kena pujuk rayu dgn si adik...

     


    Posted at 4/23/2006 8:08:04 am by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Sunday, March 26, 2006
    Kakak... dgn bunga.

    Kelmarin, ibu bawa anak-anak ke kedai home center. macam biasalah Along dan Adik memujuk rayu nak beli mainan. Ibu niat nak cari bunga, apalagi malas nak fikir panjang... bg je la dorg pilih sendiri. Berlari masuk kedai... hilang sekelip mata.

    Kakak pulak, dia dah tak mau join dorg sekarang ni. Pelik juga, mula2 tu tanya kakak tak nak ikut along dgn adik ? tak kakak nak kawan ibu. Rupanya dalam diam2 dia dah minat bunga macam ibu. Hehehe... bagus-bagus. Kami ada minat yg sama.

    Masa memilih bunga tu bukan main lg dia, siap ambilkan bakul.. dia pulak yg lebih2 memilih. Pantang nampak bunga yg cantik.. dia dah siap angkat masuk bakul. Ibu pesan dgn dia nak pilih kena fikir dulu dan peratikan daunnya elok tak dan juga jenis bunga tu, sesuai ke tidak dgn rumah. Nak letak kat mana dsbnya. Dia angguk je. Hehe... entah dia faham ke tidak. Yg kelakar tu, dia ternampak sorg perempuan tu ambil satu pasu bunga yg cantik dan agak besar... dia angkutnya juga bunga yg sama dan di bawa berlari tjk kat ibu. Pujuk2 elok... dia letak balik.

    Last2 hampir sejam juga kami pusing keliling kedai bunga tu... rambang mata di buatnya. Penuh dah bakul tu berisi bunga. Tiba2 kakak tanya, ibu dah ke ? kenapa ? no. space, dia sebut... maksudnya.. bakul tu dah penuh la. Nak tau dia jawab apa ?Ok.. I can carry.. ya allah kakak ni, bijak betul la. Nampak betul dia dah matang dari usianya. Berbanding dulu. Ibu bangga betul dgn kakak. Dia tanya soalan tu dan dia jawab sendiri. Petang semalam .. ayah dan along juga adik, pergi ke kedai yg sama sebab nak belikan barang utk akuarium ikan. Kami call dorg dan kakak siap pesan dgn manjanya... ayah, nanti belikan kakak bunga yg yellow tu.. sambil tersengih2. Hehe... macam2 la anak dara sorgku ini.

    Oh ya terlupa nak cerita, minggu ni dorg cuti seminggu.. jd melepak je la kat rumah sambil tenguk tv.. lagipun cuaca tak menentu sepanjang minggu, cuma semalam je cerah. Jadi, ada satu hari tu ibu guntingkan rambut dia bg nampak kemas dan elok di pandang. Dia punyalah suka. Siap si adik pun pandai puji si kakak... kakak kawaiiii (maknanya kakak cantikkkkk!).

    Esok, dorg dah mula sekolah... sunyi la semula ibu kat rumah.

     

     

     

     


    Posted at 3/26/2006 8:11:12 am by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Sunday, March 19, 2006
    Adik.

    Dah lama tak bercerita pasal si adik yg dah besar ni. Napa cakap dah besar... sebab adik dah 4 tahun. Kalau kata adik kecik lagi dia tak suka. Apapun sebenarnya bila dah cecah usia 4 tahun ni semakin nampak perubahan dia. Cerdik memang cerdik... kalau bercakap kadang2 tu menguji akal juga ayah dan ibu. Yg paling ketara sekarang ni dia suka kelentong. Apa je yg ibu suruh ada je jawapan dia dan kadang2 tu dia kelentong je. Lepas tu bila dia tahu kita tahu dia buat mcm tu... dia senyum jer.

    Belajar semakin rancak. di sebabkan along dan kakak sedang praktik membaca dia pun sama la juga nak membaca dgn laju tapi tak tau lagi betul ke salah. Janji dia boleh jadi macam along dan kakak.

    Oh ya minggu lepas ayah bawa adik dan along ke kedai gunting rambut. sebelum tu kat rumah dah cuba potong sedikit tapi macam tak confident je jadi ayah bawa dorg ke kedai tu. Nak jadi cerita masa ayah cuba potong rambut adik kat rumah... rupa2nya dia dah gunting sendiri rambut dia. Punyalah terkejut. Padahal ayah kata dia letak sekejap je gunting tu depan dia. Hmmm... semalam dia buat lagi. Kebetulan kawan ayah datang Sabtu lepas dan malam tadi dorg lepak depan tv sambil along main dgn mainan barunya yg baru beli petang semalam.

    Entah macamana tiba2 masa ibu dah masuk tidur ternampak si adik ni pegang gunting dan sikat rambut, rupanya dia dah gunting lagi sedikit hujung rambut dia.. hisyyy dia ni kan... bila di tanya kenapa adik gunting rambut adik ? adik nak cuba je bu. Hmm... sekarang segala jenis gunting (gunting ikan/ayam, gunting pokok bunga dan gunting kertas... ) dah kena sembunyi. Lately dia suka sangat menggunting, mungkin sebab di sekolah dia kerap belajar menggunting. Bila dah menggunting.... berseleraklah meja tu dgn cebisan kertas.... mmmmmm.

     

     


    Posted at 3/19/2006 8:59:35 pm by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Thursday, March 02, 2006
    Along.

    Sekarang ni ibu dan ayah tak berhenti bagi support pada Along untuk membaca. Pada mulanya dulu kami agak risau sedikit sebab dia masih belum mencapai tahap yg sepatutnya sebagai murid Grade 1. Kami terus bagi galakan setiap hari dengan bercakap dan melatih dia untuk membaca dengan cepat dan tepat.

    Setiap satu perkataan untuk level Grade 1, kami minta dia sebut, fahamkan dan tulis semula. Di samping itu, kami latih juga dia menulis ayat pendek dan sekaligus sebuah karangan pendek. Di peringkat umurnya enam tahun ini, kalau di sini memang kebanyakkan murid berada di tahap tersebut, pandai membaca dengan pantas, boleh menulis karangan / ayat pendek / ringkas dan kalau ikutkan dalam satu minit dia perlu membaca 50 perkataan. Dengan erti lain, dia boleh membaca satu muka surat dalam satu minit. Itu yg sedang kami usahakan sekarang. Walaubagaimanapun tidak semua pelajar lagi dapat menguasai kesemuanya dengan baik. kebanyakkannya masih dalam proses pembelajaran.

    Setiap hari di waktu pagi, ada perkataan baru yg kami ajarkan dan minta Along sebut dan eja semula. Sambil sembang-sembang ketika sarapan pagi, ayah pun akan tanya dan bagi moral support untuk Along lancar membaca. Selain itu, kaedah yg cikgu Along ajarkan di sekolah juga kami praktikkan di rumah. Di sebelah malam, dia perlu mengulangkaji buku-buku yg di bawa balik dari sekolah.. iaitu menulis dengan betul dalam ayat pendek dan juga melengkapkan sesuatu cerita. Sementara kadang-kadang selepas balik sekolah, kami ambil masa dalam sejam untuk melatih dia menulis ayat ringkas.. dan mewujudkan sebuah cerita tentang dirinya atau kehidupannya. Jadi dalam tempoh sebulan, kami telah nampak hasilnya dan semakin hari dia dah semakin yakin untuk membaca dan menulis karangan pendek.

    Insyaallah, sebelum bulan April nanti kami akan pastikan dia lancar membaca sebagai murid Grade 1 dan perlu juga perlengkapkan diri untuk ke Grade 3. Ini memandangkan Along dan Kakak akan bertukar ke sekolah yg dekat dengan rumah. Insyaallah September nanti mereka akan mula bersekolah di SMIS. Jadi banyaklah persediaan lain yg kami perlu buat sebelum ujian penempatan kelas itu di adakan pada April nanti. SMIS mengamalkan konsep sekolah British jadi pendekatannya agak berbeza dengan AIS, sekolah mereka sekarang. Bermakna bila Along di Grade 3 dan Kakak di Grade 2, adalah satu cabaran besar bagi kami. Namun, insyaallah berkat usaha dan doa kami yakin mereka mampu melakukannya.

     

     


    Posted at 3/2/2006 10:06:52 am by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Monday, February 27, 2006
    Along, Kakak dan Adik - READING SKILL.

    Lama betul tak update citer. Sejak dorg dah sihat ni, macam2 plan nak di buat sebenarnya. Jenguk komputer pun sekejap2 je tak boleh macam dulu.

    Along sekarang sedang sibuk practise reading selain dari ulangkaji matapelajaran di sekolah, ianya juga sebagai persediaan dia utk menghadapi assesment test bulan April nanti. Insyaallah, Along dan Kakak akan bertukar ke sekolah yg lebih dekat dengan rumah September nanti iaitu sesi persekolahan yg baru bg 2006 -2007. Banyak persediaan yg perlu di buat memandangkan Along di jangka memasuki kelas utk Grade 3 dan kakak pula di Grade 2. Memang mustahil tapi tenguklah nanti hasil assesment.

    Jadi di rumah setiap hari kena tumpukan pada mereka. Kakak dah banyak juga improvement dalam reading. Ibu bersyukur sangat, dia lancar membaca. Setiap hari dia akan membaca samada dalam perjalanan pergi atau balik sekolah. Adik pulak bila tenguk Kakak dan Along pegang buku, dia pun turut sama nak baca walaupun baru kenal huruf dan bunyi. Alhamdulilah. walaupun Along sebagai anak lelaki perangainya agak berbeza sedikit dengan Kakak tapi dia sebenarnya bijak. Ibu perlu ambil masa lebih untuk memujuk dia rajin membaca dan mengulangkaji. Berbanding dengan Kakak, bila ibu sebut kakak nak baca buku ? dia terus je ambil buku atau kertas dan pen dan melukis apa yg dia suka.

    Agaknya inilah perbezaan mendidik anak lelaki dan anak perempuan. Tak mengapalah yg penting mereka mendengar kata dan insyaallah lambat laun mereka akan capai juga apa yg sepatutnya mereka kuasai. Amin...


    Posted at 2/27/2006 10:08:43 am by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Tuesday, February 14, 2006
    HAPPY BIRTHDAY ADIK!

     

    HAPPY 4TH BIRTHDAY

    TO SYEIKH HAZIM NAUFAL

    &

    HAPPY 1ST BIRTHDAY

    TO AISHA HANA

     

    Inilah Bithday Girl - Aisha Hana dan Birthday boy - Hazim yg celebrate sama-sama hari Sabtu lepas. Tahniah Aisha n Hazim.


    Posted at 2/14/2006 9:23:42 pm by familiabgchik
      Terima kasih. (1)  

    Thursday, January 26, 2006
    HAPPY BIRTHDAY AYAH!

    Hari ini birthday ayah, tapi dari semalam lagi anak-anak dah wish kat ayah. Sampai je rumah malam tadi, semua dah serbu cakap happy birthday. Jadi pagi2 tadi dorg tak lah teruja sgt setakat senyum je. Hmmm macam2 la anak-anak ni kan. Agaknya dorg fikir sekali je wish dah cukup.

    Well, mmg dah lama tak kongsi perkembangan anak-anak kat sini. Asyik terlupa je ni. Oh ya semalam entah macamana on d way ke sekolah, adik asyik muram je.. pastu sekejap-sekejap dengar dia sebut 'ibu, i dont want go to school'. Mula2 tu ingatkan dia main2 je. Tapi bila dah sampai depan pagar sekolah, dia tak mau turun. Memang ada yg tukang sambut dorg ni bila dah sampai depan pagar tu. Tapi dia berkeras tak mau turun. Atlast ibu kenalah pergi parking lot kat bhgn belakang dan keluar hantar adik ke dalam kelas. Dalam 5 minit tunggu dan peratikan dia ... dia tetap tak mau masuk. Katanya ' adik tak belajar '. Tak tau kenapa. Tapi pujuk perlahan-lahan dan cikgu juga kwn2 yg lain pun dah tunggu dia depan pintu kelas sambil sebut ' Hazim, good morning! We are waiting for you Hazim... bla.. bla..'. Sambil muka monyok tu dia berjalan perlahan-lahan.

    Akhirnya selepas Maria (cikgu adik), bg semangat dan kata-kata perangsang... perlahan-lahan adik tanggalakan jaket, topi dna mufler dan tempat di tempat yg di sediakan. Lepastu dia senyum sikit je kat ibu dan say bye!. Hmmm alhamdulilah. Risau juga kenapalah lately dia macam tak de mood je nak sekolah. Tapi hari ni alhamdulilah, dia pergi macam biasa walaupun tak seceria selalu.

    Agaknya ada sesuatu yg terjadi tapi kita tak tau. Mgkn dengan rakan-rakannya di kelas. Sebab ada juga dia pernah mengadu sekali dua dulu. Hmm tenguklah hingga minggu depan macamana perkembangan seterusnya.

     

     


    Posted at 1/26/2006 11:26:10 am by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Wednesday, January 04, 2006
    Selamat Tahun Baru.. dan azam baru.

    Diam tak diam, dah dua bulan tak update blog dorg ni. Sejak hari sukan tempohari rupanya.. hehe.. sorry. Sebenarnya saban hari ada saja citer baru nak di kongsi tapi masa tak mengizinkan.

    Selamat tahun baru semua. Along, Kakak dan Adik ada azam baru tahun ni.. hehe... nak jadi anak yang soleh dan solehah.. nak dengar cakap ayah dan ibu. Tak mau gaduh dan jeles-jeles lagi.

    Sebenarnya banyak perkembangan anak-anak yang kami kagumi kebelakangan ini. Along terutamanya.. walaupun dia masih agak manja dan kurang berkeyakinan tapi dia rajin berusaha. Dia dah pandai membaca dengan lancar bila di ajukan perkataan baru. Kalau dulu dia masih teragak-agak. Namun usaha ini akan diteruskan untuk tahun 2006. Minat dia pada matematik juga semakin kuat sekarang. Tiap hari kalau di ajukan soalan nak buat homework apa ? Mate boleh bu ?.

    Kakak sekarang dah semakin bijak dan dah tak mengada-ngada sangat macam dulu. Dia lebih yakin dengan penampilannya. Penghujung sekolah sebelum cuti winter tempohari mereka ada buat persembahan sempena perayaan Krismas. Kakak memegang watak sebagai anak gadis Jepun. Percaya tak ? Kakak di kehendaki memakai kimono dan bercakap dua tiga ayat Eigo ? Syukur selepas persembahan ibu mampu tersenyum dan lega. Sebab kakak agak pemalu utk bercakap di depan orang apatah lagi di khalayak ramai begitu. Guru-guru kakak semua dah pesan... surprise!!!!. Jadi itu yg buatkan ibu berdebar-debar pada hari persembahan. Syukur semuanya berjalan lancar. Sekarang minat untuk membaca juga dah mula menunjukkan perkembangan yg baik. Macam Along dulu, sekarang tiba masanya Kakak pulak belajar membaca mengikut 'blend words'.

    Adik tak payah cakaplah. Lately dia suka sangat melukis transporation. Terutama truck dan train. Tiap hari ada saja kertas yg di conteng dengan gambar2 tersebut. Habis buku lukisan dan kertas A4 di ambilnya. Yg mengkagumkan ialah dia dah pandai lukis seperti Along dan Kakaknya.. menurut kata gurunya.. usia adik ni macam kanak-kanak dewasa dgn erti lain sama macam umur kakaklah, 5 tahun. Malah dari segi tindakan juga dah semakin matang sekarang (tak spt umur 3 tahun dulu). Kalau dia melukis tu memang jelas nampak bentuk fizikal sesuatu benda. Malah dari segi warna juga dia dapat mewarnakan dengan betul.

    Oh ya sebulan yg lepas ada penilaian tahap pelajaran anak-anak selama 3 bulan pertama selepas sessi baru di buka. Kesemuanya menunjukkan peningkatan. Cuma ada beberapa perkara yg perlu di tekankan lagi. Umpamanya Along... selain perlu banyak latihan membaca, dia juga perlu di latih untuk meringkaskan sesuatu cerita dan juga di latih untuk menulis sebuah karangan pendek berdasarkan pengalamannya setiap hari. Sebagai contoh : setiap hujung minggu, kemanakah kami berriadah atau berjalan ke sesuatu tempat. Segala maklumat berkaitan akan di tanya oleh gurunya dan Along perlu menceritakan dari mula hingga akhir untuk menghasilkan sebuah karangan pendek.

    Selain itu, di rumah kami telah wujudkan juga suasana baru utk mereka bertiga. Meja belajar setiap seorang.. menggantikan meja belajar yg lama sebab dah uzur sangat yg kami bawa dari Msia tahun lepas. Banyak yg dah patah. Kali ni kami belikan yg besi dan sesuai di gunakan sampai mereka dewasa nanti. Tak payah membazir beli yg kayu lagi... hehehe.

    Begitulah antara perkembangan terkini anak-anak kami. Untuk azam tahun 2006 ini, insyaallah semuanya telah di abadikan dan dengan izin Allah, kami akan pastikan semuanya berjalan mengikut jadual.


     


    Posted at 1/4/2006 9:01:52 am by familiabgchik
      Nak Komen ?  

    Next Page